Rasulullah s.a.w. sebagai Nabi akhir zaman telah menunjukkan kepada kita melalui Hadis-hadisnya beberapa teladan yang berguna kepada umatnya termasuklah dalam bidang perubatan sejak 1400 tahun lagi. Nabi Muhammad s.a.w. sendiri pernah menyarankan supaya meminum susu dan air kencing unta sebagai penawar kepada penyakityang mereka alami, hal ini tercatit didalam Hadis Sahih Bukhari.
Didalam Hadis Sahih al-Bukhari meriwayatkan dari Anas r.a. bahawa suatu kaum dari Urainah menghadap Rasulullah s.a.w. Mereka berkata kepada Nabi; “ Kami mengalami masalah di Madinah. Perut kami kembung dan anggota badan kami terluka.” Lalu, Rasulullah s.a.w. memerintahkan mereka untuk mencari peternak unta. Lalu, mereka meminum susu dan air kencing unta sehingga perut kembungnya sembuh dan kulitnya membaik. (Hadis Sahih Bukhari)
Didalam hadis tersebut, Rasulullah s.a.w. mengarahkan supayasusu dan air kencing unta diminum sebagai rawatan kepada penyakit yang dialami oleh kaum tersebut. Air kencing adalah najis namun dibenarkan oleh Nabi Muhammad s.a.w. untuk diminum sebagai perubatan penawar kepada penyakit.
Hadis di atas jelas menerangkan bahawa susu dan kencing unta menjadi ubat untuk beberapa penyakit.
Perut kembung disebabkan oleh radang usus besarkerana terkumpulnya zat atau enzim padanya, atau bergabungnya ratusan protein di rongga perut yang dikenal dengan edema.
Penyakit tersebut boleh diubati dengan memanfaatkan susu dan air kencing unta, kerana tambahan zat antibodi yang terdapat pada susu dan kencing unta merupakan rahsia kesembuhan atau memperbaiki berbagai penyakit sepertipenyakit radang hati atau heptitis B dan C, beberaparadang usus besar yang kronis, berbagai macam penyakit kanser yang masih baru, serta gangguan pencernaan.
Itulah pelbagai keterangan dan khasiat yang dikeluarkan oleh Allah Swt yang dapat menyembuhkan segala penyakit sudah tentulah dengan keizinan Allah Ta’ala.
Semua itu mengharuskan kita untuk merenungi firman Allah Ta’ala tentang bagaimana penciptaan unta dibandingkan dengan binatang lain. Terkaitlah hal ini sepertimana Firman Allah Swt yang bermaksud:
“(Mengapa mereka yang kafir masih mengingkari akhirat) tidakkah mereka memperhatikan keadaan unta bagaimana ia diciptakan?” (Surah Al-Ghaasyiyah 88:17)
No comments:
Post a Comment