Pages

Tuesday, 8 March 2016

Keajaiban Air Zam Zam Mengikut Sains


**cr : google

Kajian saintifik dari sarjana Barat mendapati bahawa air zam zam beralkali dan mengandungi banyak mineral . Sudah tentu ada hikmahnya . Air yang bersifat alkali sangat sesuai untuk tubuh kerana ia dapat menutralkan asid dalam badan dan baik untuk kesihatan .
Seorang jurutera dari Arab Saudi , Tariq Hussain telah menulis satu artikel yang berjudul Air Zam Zam , Satu Keajaiban Dalam Islam ( www.islamonline .net / 1 Jan 2002 ) . Beliau telah menceritakan Raja Faisal , Arab Saudi , telah mengarahkan Kementerian Pertanian dan Sumber Air Arab saudi membawa contoh air zam zam ke makmal di Eropah untuk dibuat kajian . Beliau salah seorang darinya .
Kajian tersebut menunjukkan bahawa air zam zam mengandungi flourida yang boleh membunuh kuman . Malah air zam zam tidak perlu dicampurkan klorin atau di masak terlebih dahulu sebelum diminum . ini bermakna air zam zam sesuai untuk diminum dan baik untuk kesihatan .
Malah di Malaysia juga kajian telah dilakukan oleh Prof. Dr. Zamila Hussin , Pengarah Urusan Naqia Corporation Sdn. Bhd. Beliau telah membuat penyelidikan khusus mengenai air di sebuah institut di negara Jepun di bawah penyelidikan Prof. Dr. Masaru Emoto , seorang saintis Jepun yang terkemuka di dunia .
Prof. Dr. Zamila Hussin telah memulakan usaha mengkomersilkan kaedah rawatan pinggan putih sebagai rawatan holistik Islam yang pertama di dunia yang dinamakan Air Musoffa . Beliau telah berjaya menghasilkan satu kajian tesis lengkap yang menghurai tentang kehebatan kaedah perubatan Islam yang sebenar . Kajian itu telah mengkagumkan Prof . Dr. Masaru Emoto yang mengakui bahawa terdapat satu keunikan imej dalam molekul air bacaan Al - Quran dan juga pada air zam zam .
Di samping itu , Prof. Dr. Masaru Emoto telah menjalankan ujian menggunakan kaedah ' magnetic resonance technology ' untuk melihat wajah molekul air zam zam . Sampel air zam zam telah dibekukan selama sehari dan disimpan pada paras 10 darjah celcius . Ketulan ais itu telah dilihat di bawah mikroskop khas . Amat menakjubkan apabila imej berbentuk heksagon ( segienam ) kelihatan . Dr. Zamila mensifatkan bentuk heksagon itu sebagai Rukun Iman . Kemudian ia bertukar bentuk perlahan - lahan membentuk wajah kristal atau berlian yang bercahaya dan indah sekali .
Molekul air zam zam bagaikan kristal .
Malah hasil kajian juga mendapati air zam zam mempunyai keindahan dan keunikan dari segi rasa , struktur molekul dan khasiat yang tidak terdapat pada air - air lain yang pernah dikajinya . Kekuatan air zam zam terdiri daripada empat unsur bahan yang berkhasiat iaitu kalium ( k ) , kalsium ( Ca ) , magnesium ( Mg ) dan natrium ( Na ) .
Kalium dan magnesium merupakan bahan galian yang amat penting dan diperlukan oleh tubuh manusia untuk mengembalikan kesegaran dan memulihkan tenaga yang terjejas akibat keletihan dan gangguan penyakit . Oleh kerana kandungan kedua - kedua galian ini dalam air zam zam jauh lebih tinggi daripada air - air biasa lain , maka boleh dirumuskan bahawa , air zam zam merupakan satu rahmat Allah SWT dan mempunyai berbagai - bagai manfaat untuk manusia . Kajian - kajian saintifik ini juga berjaya mengukuhkan sabda Rasulullah SAW tentang kelebihan air zam zam 

No comments:

Post a Comment

 

Template by BloggerCandy.com