Pages

Wednesday, 9 March 2016

Pengenalan

Assalamualaikum,
Di sini kami ingin memperkenalkan ahli kumpulan kami. Ahli kumpulan kami terdiri daripada 3 orang iaitu :-
  • Nur Hazimah Binti Abdul Halim
  • Siti Nur Anis Najwa Binti Dahlan 
  • Nur Ili Nabilah Binti Nordin


Dengan izin-Nya kami telah menyiapkan blog ini untuk final projek bagi sains teknologi dan kejuteraan dalam Islam. Di sini kami ingin menyatakan bahawa semua maklumat yang kami dapat untuk blog ini adalah dari sumber-sumber pelbagai jenis 'website' yang tak dapat kami nyatakan. Segala maklumat yang ada dalam blog ini hanya dikumpulkan oleh kami untuk memudahkan untuk sesiapa yang ingin membuat rujukan di masa hadapan. Sekian dari kami. 

Orbit

**cr : youtube

Orbit-orbit Bumi & Objek di Langit


Seorang pakar astronomi daripada Poland, Nicolaus Copernicus mengutarakan teori  yang dikenali sebagai teori helio sentrik. Melalui buku beliau yang diterbitkan pada tahun 1543 Masihi bertajuk De revolutionibus orbium coelestium (On the revilutions of the Heavenly Spheres), beliau mengatakan matahari berada dalam keadaan pegun di tengah-tengah angkasa manakala objek-objek lain di kosmos berpusing mengelilinginya. Hal ini dilaporkan dalam Stanford Encyclopedia of Philosophy di http://plato.stanford.edu/entries/copernicus.

Sebaliknya Quran menyatakan bumi dan matahari berputar dan tidak pegun. Sebagai contoh, dalam surah Al-Anbiyak ayat 33 Allah berkata, 

 وَهُوَ الَّذِي خَلَقَ اللَّيْلَ وَالنَّهَارَ وَالشَّمْسَ وَالْقَمَرَ كُلٌّ فِي فَلَكٍ يَسْبَحُونَ

Maksudnya: "Dan Dialah yang menciptakan malam dan siang,matahari dan bulan. Kesemuanya beredar (yasbahuun) dalam falaknya."

Perkataan yasbahuun bermaksud berenang. perkataan berenang pada asalnya berkaitan dengan perbuatan seseorang yang bergerak dalam air melalui pergerakan anggota badannya. Begitulah kiasannya dengan matahari dan bulan. kedua-duanya bergerak sendiri di angkasa. Pendek kata, matahari dan bulan tidak pegun. Tambahan daripada itu oleh sebab perkataan falakdigunakan, dan falak bermaksud bulat seperti sfera, ayat ini menunjukkan matahari dan bulan bergerak dalam bulatan. 

Justeru di dalam Tafsir al-Quran al-Azim,Imam Ibn Kathir menukilkan pandangan sahabat Abdullah bin Abbas yang mengatakan 'malam dan siang' matahari dan bulan beredar dalam bulatan sebagaimana beredarnya rahatketika menggulung benang'. Mengikut kamus Dewan, rahat ialah alat bulat seumpama roda yang digunakan bagi menggulung benang. Pentafsiran ini menunjukkan para sahabat di zaman nabi sudah berpegang dengan pendapat matahari dan bulan berputar dalam bulatan di atas paksinya sendiri.

Seperkara yang menarik dalam ayat ini adalah Allah mengatakan,malam dan siang, seperti matahari dan bulan juga berputar dalam falaknya. Semasa menjelaskan 'malam dan siang, matahari dan bulan beredar dalam falaknya', Allah menggunakan perkataan yasbahuun yang melambangkan banyak (lebih dari dua,dalam tatabahasa bahasa arab).

Said hawa di dalam al-Asas fi al-tafsir menjelaskan perkataan yasbahuun adalah perkataan perbuatan (verb) yang digunakan bagi objek yang berjumlah lebih daripada dua. Dalam ayat ini, jumlah objek yang Allah nyatakan hanya dua, iaitu matahari dan bulan. Di manakah objek yang ketiga?  malam dan siang bukannya objek sebaliknya adalah fenomena yang berlaku di atas bumi. Oleh sebab putaran malam dan siang berlaku di atas bumi, maka objek yang ketiga yang dimaksudkan dalam ayat ini adalah bumi. Tambahan daripada itu, disebabkan Allah mengatakan malam dan siang berputar (yasbahuun), menunjukkan bumi berputar dan hasil daripada putaran bumi di atas paksinya, maka lahirlah fenomena siang dan malam.

Kesemua ini menampakkan Quran adalah sebuah kitab yang begitu saintifik kerana kenyataan-kenyataan ini adalah selari dengan penemuan semasa.

Orbit Mengelilingi Galaksi

Secara umumnya, apabila kita berbicara mengenai orbit (putaran) bumi dan objek-objek di langit, ayat-ayat Quran nampak seolah-olahnya memfokuskan mengenai satu aspek saja, iaitu mengenai putaran objek-objek ini di atas paksinya (seperti yang dibicarakan sebelum dalam tajuk 'Orbit-orbit bumi dan objek di langit, sebelum ini). Adakah ini menunjukkan tidak wujud putaran dalam bentuk lain bagi objek-objek ini?

Rupa-rupanya di dalam al-Quran terdapat ayat yang mengisyaratkan mengenai putaran yang berbeza. Ini telah tertulis di dalam surah Yasin ayat 38,Allah menyatakan, 


وَالشَّمْسُ تَجْرِي لِمُسْتَقَرٍّ لَّهَا ذَلِكَ تَقْدِيرُ الْعَزِيزِ الْعَلِيمِ 


Maksudnya: "Dan matahari beredar (tajri) ke tempat tujuannya (mustaqar). Demikianlah yang ditentukan oleh yang maha perkasa lagi maha mengetahui."

Perkataan yang penting dalam ayat ini ialah tajri dan mustaqar. Tajribermaksud berlari dan mustaqar bermaksud tempat tujuan, perhentian atau tempat menetap. Di dalam al-Asas fi al-Tafsir, as-Syeikh Said Hawa mentafsirkan ayat ini dengan berkata, "(Antara tanda kekuasaan Allah adalah) matahari bergerak menuju ke tempat menetap baginya." Sekiranya ayat sebelum ini menyatakan matahari 'berenang atau bergerak dalam bulatannya', ayat ini pula menyatakan matahari 'berlari menuju ke tempat perhentiannya'. Justeru ayat pertama membicarakan mengenai putaran di atas paksi manakala ayat kedua membicarakan mengenai putaran (orbit) yang berbeza.

Penemuan semasa mengesahkan matahari, di samping bergerak di atas paksinya yang mengambil masa 25 hari bagi melengkapkan satu putaran, ia juga bergerak mengelilingi galaksinya yang bernama Bimasakti (Milky Way). Para saintis mengesahkan matahari bergerak mengelilingi bahagian tengah (nukleus) galaksi ini dengan kelajuan 220 km/saat (140 mi/s). Ini bermakna ia mengambil masa lebih kurang 225 juta bagi melengkapkan satu pusingan mengelilingi bahagian nukleus galaksi ini. 

Justeru, dalam surah yasin,ayat 38 ini mensyariatkan objek-objek di langit (termasuk bumi) di samping berputar di atas paksinya, juga beredar mengelilingi pusat (nukleus) galaksinya mengikut ketetapan Allah seperti yang berlaku kepada matahri. Ini sudah memadai bagi merangsang umat Islam supaya terus mengkaji rahsia kejadian alam termasuk yang berkaitan dengan putaran dan peredaran objek-objek di langit.

Kejadian Alam dalam Sains

Barat mengisytiharkan bahawa Copernicus sebagai saintis pertama yang mengemukakan teori heliosentrik yakni teori matahari sebagai pusat edaran planet dalam sistem suria dalam kurun ke-16. Sejarah Barat melanjutkan bahawa Galileo yang menyokong teori Copernicus merupakan ahli astronomi agung dengan penemuan teori tersebut. Namun hakikatnya, al-Biruni, Ibn Syatir dan al-Zarqali telah menyatakan hakikat ini apabila mereka melakukan cerapan yang bercanggah dengan teori geosentrik warisan Ptolemy. Ibn Syatir misalnya sekitar tahun 1360 Masihi, menyatakan bahawa teori yang menyatakan bumi sebagai pusat alam tidak benar sama sekali. Menurut Ibn Syatir, ketika jirimlangit bergerak dari timur ke barat menurut pencerap, matahari pula berubah-ubah ufuk terbit dan terbenamnya sepanjang tahun. Planet pula ada yang muncul dan tenggelam maka ini menunjukkan bumi dan planet beredar mengelilingi matahari, dan bulan pula mengelilingi matahari. Pandangan Copernicus sangat selari dengan pandangan Ibn Syatir. Penulis Barat menafikan hubungan Copernicus dengan Ibn Syatir, walaupun dalam perpustakaan bandar kelahiran Copernicus terdapat manuskrip astronomi dalam bahasa Arab yang tersimpan di situ. Banyak pandangan Coperninus yang menyerupai pandangan Ibn Syatir menerusi manuskrip tersebut
Pada tahun 1607, Kepler mengulangi pandangan Abu al-Wafa al-Buzajani tokoh astronomi Muslim bahawa pergerakan planet, termasuk bumi,mengelilingi matahari dalam surihan berbentuk elips. Newton mendapati daya graviti memegang planet untuk kekal dalam orbitnya. Matahari yang menjadi pusat pergerakan planet dianggarkan mempunyai garis pusat sepanjang 1,392,000 km, kira-kira 109 kali lebih panjang daripada garis pusat bumi. Haba di pusat matahari mencapai suhu 15 juta Kalvin dan pembakaran melalui fusi nuklear menggunakan 600 juta ton metrik hidrogen sesaat.
Falak tamadun Islam bukan sahaja membina astronomi Eropah bahkan Alam Melayu turut menerima pengaruh falak tamadun induknya, khususnya apabila Islam bertapak mantap di rantau ini. Manuskrip mengenai ilmu falak boleh ditemui di merata tempat negara kita. Perpustakaan Negara Malaysia, Pusat Islam, perpustakaan universiti tempatan, sekolah agama, koleksi pertubuhan dan koleksi perseorangan adalah tempat-tempat yang boleh ditemui manuskrip berkenaan yang ditulis dalam bahasa Melayu atau Arab.
Perpustakaan Akademi Islam Universiti Malaya, cawangan Kelantan misalnya, mempunyai satu koleksi warisan ilmu berkenaan yang masih belum diketahui umum. Di antara manuskrip yang dimaksudkan termasuklah sebuah kitab mengenai astrolab karya Mahmud Zuhdi bin Abdul Rahman yang ditulis pada tahun 1343H, sebuah kitab mengenai jadual falak karya Muhammad Marzuqi bin Syed Husain yang ditulis pada tahun 1334H dan jadual-jadualnya ditulis dalam sistem munajjimin atau sistem jummal, Kitabal-Wasilah al-Mar’iyyah li ma’rifat al-auqat al-Syar’iyyah yang mengandungi 24 bab mengenai pengiraan waktu yang berhubung dengan syari’ah karya Khalifah bin Hamad yang ditulis pada tahun 1326H, sebuah kitab falak mengenai jirim-jirim langit (al-ajram al-samawiyyah) yang ditulis pada tahun 1334H, (tidak dinyatakan pengarangnya,) yang merupakan salinan daripada sebuah kitab lain yang juga tidak dinyatakan namanya. Kitab Syarh al-Dawa’ir karya Syeikh Sulaiman al-Zuhdi yang disalin balik oleh penulis Nusantara yang tidak disebut namanya dan sebuah kitab falak bertajuk Kitab al-Khusuf dan Kitab al-Kusuf karya Muhammad Mansur bin Abdul Hamid al-Batawi (tidak dinyatakan tahun penulisannya) mengenai gerhana bulan dan matahari.
Selain daripada manuskrip, buku-buku bercetak yang dihasilkan oleh ahli falak Nusantara juga banyaj ditemui. Antara karya penting yang dimaksudkan Riad al-wardiyyahNukhbah al-Bahiyyah dan Khulasah al-Jawahir al-Naqiyyah karya Syeikh Ahmad al-Khatib Pati Kiraan karya Syeikh Tahir Jalaluddin, Khulasah al-Wafiah fi al-Falak bi jadwal al-Lugharatimiyyahkarya Zubair ’Umar al-Jailani, Minhaj al-Qawim pada mengetahui Hisab dan Taqwim karya Syeikh Abdul Rahman al-Fatani, Hisab Falak karya A. Katsir,Kitab Falak karya Syeikh Ahmad al-Fatani, Almanak Jamiliyyah Syeikh Jamil Jambek, al-Majesti Ajeungan H. Nawawi, dan lain-lain.
Para ilmuwan Melayu juga sangat berminat untuk mengkaji ilmu kosmologi, yang bersifat lebih umum daripada ilmu falak. Kosmologi membincangkan tentang kejadian alam semesta yang dihubungkan dengan falsafah, kepercayaan, budaya dan sistem nilai sesuatu masyarakat. Dalam bidang ini, ulama Nusantara tidak ketinggalan membincangkan kejadian langit dan bumi serta membincangkan teori kosmologi Islam. Syeikh Nur al-Din al-Raniri, misalnya pernah menulis tentang kejadian alam menerusi karyanya yang bertajuk Kitab bad’ Khalq al-Samawat wa’l-Ard (dicetak di pinggir kitab Taj al-Muluk) dan Jawahir al-`Ulum fi Kasyf al-Ma’lum (masih berbentuk manuskrip). Syeikh Muhammad bin Ismail (Nik Mat Kecik) al-Fatani membincangkan mengenai kosmologi Islam termasuk kejadian cakerawala menerusi karyanya yang bertajuk al-Durr al-Masnun wa’l-Jauhar al-Maknun(dicetak pada tahun 1309H di al-’Amirah al-Islamiyyah). Syeikh Ahmad bin ’Abdul Latif menulis mengenai alam langit dalam Ma’rij al-Aflak (berbahasa Arab). Persoalan langit dan cakerawala disentuh juga oleh al-Khatib dalam bukunya yang bertajuk Dau al-Siraj yang membincangkan tentang peristiwa Mi’raj Nabi s.a.w.
Lintasan sejarah ini memberikan gambaran bahawa umat Islam terdahulu termasuk ilmuwan Islam Alam Melayu pernah menempa sejarah dalam bidang falak serta ilmu yang berkaitan denganya. Akan tetapi rentetan sejarah ini hanya tinggal sebagai kenangan indah dalam lipatan sejarah umat Islam.

Kejadian Alam

**cr : youtube

Sebelum Adam, Allah telah Menciptakan Manusia dan Alam Semesta lainnya



"Dan Dialah yang memulai penciptaan itu, kemudian Dia mengembalikannya/mengulangi kembali ciptaan itu, dan mengulangi itu lebih mudah bagi-Nya. Dia memiliki sifat Yang Mahatinggi di langit dan bumi, dan Dialah Yang Mahaperkasa, Mahabijaksana". (Q.S. Ar-Ruum [30] : 27)

"Katakanlah, "Adakah di antara sekutumu yang dapat memulai penciptaan, kemudian mengulanginya kembali?". Katakanlah, "Allah memulai penciptaan, kemudian Dia mengulanginya (mengembalikannya). Maka bagaimana kamu dipalingkan (menyembah selain Allah) ?". (Q.S. Yunus [10] : 34)

"(Ingatlah) pada hari langit Kami gulung seperti menggulung lembaran-lembaran kertas. Sebagaimana Kami telah memulai penciptaan pertama, begitulah Kami akan mengulanginya lagi. Janji yang pasti kami tepati; sungguh, Kami akan melaksanakannya.". (Q.S. Al-Anbiya' [21] : 104)

"Sungguh, Dia mulai menciptakan, dan Dia mengulangi (kembali)".
(Q.S. Al Buruuj [85] : 13)

Selama ini, kita sering menganggap bahwa alam semesta ini hanya satu kali diciptakan Allah, berkembang, dan hancur di hari kiamat, dan SELESAI. Lalu disambung kehidupan rohani abadi di akhirat.


Kalau kita renungkan, terdapat isyarat (petunjuk) dalam ayat2 di atas bahwa Allah mengulangi penciptaan APA PUN, tentunya termasuk penciptaan alam semesta juga. Pernyataan itu diulang dalam beberapa ayat di Al-Qur'an, selain di atas, juga di Surat An-Naml (27) ayat 64, Surat Al Ankabuut (29) ayat 19, Surat Ar-Ruum (30) ayat 11.

Dalam ayat2 itu, Allah menegaskan bahwa Beliau (Allah) mencipta lalu mengulang mencipta.

Kenapa kita membatasi kekuasaan Allah bahwa Beliau hanya boleh mencipta alam sekali saja? Allah mampu mengulanginya sampai jumlah tak terbatas. Mudah sekali bagi-Nya. Beliau mampu membuat alam kembar, alam paralel. Beliau Mahakuasa membuat duplikat sampai bermiliar Bumi beserta isinya yang sama persis atau pun yang berbeda.

Dalam ilmu pengetahuan, kita mengenal teori penciptaan alam semesta yang disebut "Big Bang", yang menyatakan bahwa awal segalanya adalah ledakan besar, lalu mengembang terus-menerus.

Juga ada teori "Big Crunch", bahwa setelah mengembang luas miliaran tahun, daya kembangnya habis. Lalu mengkerut lagi menjadi satu titik singularitas dan musnah.

Kejadian Alam dalam Al-Quran

Ilmu pengetahuan moden, ilmu astronomi, baik yang berdasarkan teori, dengan jelas menunjukkan bahawa pada suatu saat seluruh alam semesta masih berupa 'gumpalan asap' (iaitu komposisi gas yang sangat rapat dan tak tembus pandang, The First Three Minutes, a Modern View of the Origin of the Universe, Weinberg, hal. 94-105.). Hal ini merupakan sebuah prinsip yang tak diragukan lagi menurut standar astronomi moderen. Para ilmuwan sekarang dapat melihat pembentukan bintang-bintang baru dari peninggalan 'gumpalan asap'




Bintang-bintang yang berkilauan yang kita lihat pada waktu malam, sebagaimana seluruh alam semesta, dulunya berupa materi 'asap' semacam itu. Allah telah berfirman di dalam Al Qur'an:
ثُمَّ اسْتَوَىٰ إِلَى السَّمَاءِ وَهِيَ دُخَانٌ
Kemudian Dia menuju kepada penciptaan langit dan langit itu masih merupakan asap,... (Al Fushshiilat, 41: 11)
Kerana bumi dan langit di atasnya (matahari, bulan, bintang, planet, galaksi dan lain-lain) terbentuk dari 'gumpalan asap' yang sama, maka dapat terbentuk kesimpulan bahawa matahari dan bumi dahulu merupakan satu kesatuan. Kemudian mereka berpisah dan terbentuk dari 'asap' yang homogen ini. Allah telah berfirman:
أَوَلَمْ يَرَ الَّذِينَ كَفَرُوا أَنَّ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضَ كَانَتَا رَتْقًا فَفَتَقْنَاهُمَا
Dan apakah orang-orang yang kafir tidak mengetahui bahwasanya langit dan bumi itu keduanya dahulu adalah suatu yang padu, kemudian Kami pisahkan antara keduanya. (Al Anbiya, 21:30)
Dr. Alfred Kroner adalah salah satu ahli ilmu bumi terkemuka. Ia adalah Profesor geologi dan Kepala Departemen Geologi pada Institute of Geosciences, Johannes Gutenberg University, Mainz, Jerman. Ia berkata: "Jika menilik tempat asal Muhammad... Saya fikir sangat tidak mungkin jika ia boleh mengetahui sesuatu semisal asal mula alam semesta dari materi yang satu, kerana para ilmuwan baru saja mengetahui hal ini dalam beberapa tahun yang lalu melalui berbagai cara yang rumit dan dengan teknologi mutakhir. Inilah kenyataannya." Ia juga berkata: "Seseorang yang tidak mengetahui apapun tentang fisika inti 14 abad yang lalu, menurut saya, tidak akan pernah bisa mengetahui, melalui pemikirannya sendiri, bahwa dulunya bumi dan langit berasal dari hal yang satu."

Berubat dengan air kencing unta

**cr : youtube

Air Kencing Unta Cegah Kesan Radiasi Nuklear

**Dr. Fatin Abdurrahman Khursyid(gambar),

Salah seorang ilmuwan Saudi yang juga staf King Abdul Aziz University (KAAU) dan Presiden Tissues Culture Unit di Pusat Penelitian Medik King Fahd itu, setelah melakukan penelitian selama lima tahun menemukan bahwa air kencing unta dapat melawan sel kanser dengan baik.
Beliau juga mengatakan bahwa air kencing unta mengandung zat alami yang boleh membasmi sel berbahaya, serta menjaga sel-sel sihat pada pengidap kanser. Penyakit kanser yang boleh disembuhkan dengan susu dan air kencing unta meliputikanser paru-parukanser darahkanser perutkanser usus besartumor otak, dan kanser payudara.
Ketika krisis nuklear di Jepun semakin bertambah buruk, selepas letupan di loji Nuklear Fukushima 1, katanya:“Pihak berkuasa Jepun mahu mencuba kesan air kencing unta secara santifik dalam merawat individu yang terdedah kepada radiasi nuklear bagi mencegah mereka daripada mendapat penyakit kanser.”
Dr Fatin berkata lagi, “dia sudah menjalankan penyelidikan mulai 2004 selepas berjaya memulihkan berpuluh-puluh kes pelbagai penyakit kanser dengan air kencing unta yang diambil secara meminumnya, dalam bentuk kapsul, salap atau syampu. Pesakit yang sudah menjalani rawatan itu di Arab Saudi dan negara lain menunjukkan penyembuhan 98 peratus.”


Hukum Berubat Dengan Minum Air Kencing Unta



Antara dalil-dalil para ulama' :
Pertama : Hadis ‘Urayinin
Anas r.a. berkata: “Beberapa orang dari Ukal atau dari Urainah datang ke Madinah, sedangkan cuaca kota Madinah tidak sesuai dengan mereka (yang menyebabkan mereka selalu sakit-sakitan). Maka Rasulullah s.w.a menyuruh mereka mencari unta betina yang sedang menyusui, dan menyuruh pula supaya mereka minum air kencing dan susu unta itu. Mereka pergi dan melakukan apa yang dianjurkan sehiggalah mereka sihat….” (Hadis Sahih Bukhari)
Hadis di atas bagi sebahagian yang mengatakan bahwa air kencing unta tidak najis, maka tidak ada masalah. Dan dibolehkan berubat dengan sesuatu yang tidak najis.
Bagi yang mengatakan bahwa air kencing unta najis, maka peristiwa dalam hadis tersebut adalah kerana darurat. Sehingga dibolehkan berubat dengan air kencing unta. Air kencing unta tetap najis, akan tetapi merekamengharuskannya bagi tujuan perubatan.
Berkata Khatib Syarbini didalam Mughni Muhtaj:
“Adapun perintah Rasulullah s.a.w. kepada al-‘Arayinin untuk meminum kencing unta, tujuannya adalah untuk pengubatan. Dan pengubatan dengan sesuatu yang najis dibolehkan, jika memang yang suci tidak boleh menggantikannya . “ (Mughni Muhtaj)
Kedua : Hadis Ibnu Abbas
Rasulullah bersabda ; “Sesungguhnya dalam air kencing unta dan susunya boleh untuk mengubati sakit perut mereka (rusak pencernaannya)“. (HR. Ahmad, Thabrani dan Thohawi)
Hadis di atas secara tegas menyatakan bahwa air kencing unta dan susunya adalah ubat untuk sakit pencernaan, dan ini menunjukkan kebolehan berubat dengan keduanya.
Ketiga: Secara Kajian Ilmiah
Terbukti secara ilmiah dan kajian saintifik bahawa air kencing unta yang dicampur dengan susu untaboleh menyembuhkan belbagai macam penyakit, diantaranyapenyakit kanserleukemia (kanser darah)hepatitis,penyakit gula (diabetes), dan penyakit kulit.
Dengan berpandukan dalil-dalil diatas ini menunjukkan bahawa air kencing unta boleh digunakan bagi tujuan perubatan.

Kemukjizatan Hadis Nabi Mengenai Susu Dan Air Kencing Unta




Rasulullah s.a.w. sebagai Nabi akhir zaman telah menunjukkan kepada kita melalui Hadis-hadisnya beberapa teladan yang berguna kepada umatnya termasuklah dalam bidang perubatan sejak 1400 tahun lagi. Nabi Muhammad s.a.w. sendiri pernah menyarankan supaya meminum susu dan air kencing unta sebagai penawar kepada penyakityang mereka alami, hal ini tercatit didalam Hadis Sahih Bukhari.
Didalam Hadis Sahih al-Bukhari meriwayatkan dari Anas r.a. bahawa suatu kaum dari Urainah menghadap Rasulullah s.a.w. Mereka berkata kepada Nabi; “ Kami mengalami masalah di Madinah. Perut kami kembung dan anggota badan kami terluka.” Lalu, Rasulullah s.a.w. memerintahkan mereka untuk mencari peternak unta. Lalu, mereka meminum susu dan air kencing unta sehingga perut kembungnya sembuh dan kulitnya membaik. (Hadis Sahih Bukhari)
Didalam hadis tersebut, Rasulullah s.a.w. mengarahkan supayasusu dan air kencing unta diminum sebagai rawatan kepada penyakit yang dialami oleh kaum tersebut. Air kencing adalah najis namun dibenarkan oleh Nabi Muhammad s.a.w. untuk diminum sebagai perubatan penawar kepada penyakit.
Hadis di atas jelas menerangkan bahawa susu dan kencing unta menjadi ubat untuk beberapa penyakit.
Perut kembung disebabkan oleh radang usus besarkerana terkumpulnya zat atau enzim padanya, atau bergabungnya ratusan protein di rongga perut yang dikenal dengan edema.
Penyakit tersebut boleh diubati dengan memanfaatkan susu dan air kencing unta, kerana tambahan zat antibodi yang terdapat pada susu dan kencing unta merupakan rahsia kesembuhan atau memperbaiki berbagai penyakit sepertipenyakit radang hati atau heptitis B dan C, beberaparadang usus besar yang kronis, berbagai macam penyakit kanser yang masih baru, serta gangguan pencernaan.
Itulah pelbagai keterangan dan khasiat yang dikeluarkan oleh Allah Swt yang dapat menyembuhkan segala penyakit sudah tentulah dengan keizinan Allah Ta’ala.
Semua itu mengharuskan kita untuk merenungi firman Allah Ta’ala tentang bagaimana penciptaan unta dibandingkan dengan binatang lain. Terkaitlah hal ini sepertimana Firman Allah Swt yang bermaksud:
“(Mengapa mereka yang kafir masih mengingkari akhirat) tidakkah mereka memperhatikan keadaan unta bagaimana ia diciptakan?” (Surah Al-Ghaasyiyah 88:17)

Air Kencing Unta Mengubati Penyakit Kanser

Banyak orang yang putus harapan kerana penyakit yang sangat berbahaya ini. Apatah lagi yang telah dijangkakan tidak lama untuk hidup.
Kanser merupakan suatu penyakit yang disebabkan olehpertumbuhan sel-sel jaringan tubuh yang tidak normal. Dalam keadaan normal, sel hanya akan membahagikan diri untuk mengantikan sel-sel yang telah mati dan rosak sahaja.
Sebaliknya, bagi sel-sel kanser, ia akan membahagi dengan cepat menyebabkan pertumbuhan tidak normal. Bukan itu sahaja, kanser menyebabkan kerosakan organ yang terlibat dalam proses pembahagian tersebut. Kanser adalah merupakan suatu penyakit yang amat berbahaya.
Setiap penyakit pasti ada ubatnya sekalipun penyakit itu amat berbahaya .namun kaedah perubatan untuk penyakit ini masih menjadi rahsia bagi manusia, melainkan apa yang telah diberitahu oleh Allah.
Rahsia tersebut telah terjawab apabila kajian telah dilakukan pada  air kencing unta.

Air kencing  dapat mengubati kanser. Kajian telah dilakukan kepada penderita penyakit kanser. Kajian telah dilakukan dengan tidak membenarkan mereka makan selama 40 hari melainkan hanya dibenarkan minum susu unta dan sedikit air kencing unta yang masih muda. Alhamdulillah, selepas daripada itu, mereka sembuh sepenuhnya. Kesembuhan tersebut merupakan rahmat kurniaan Allah.

Air kencing unta memiliki kandungan zat-zat yang bermanfaat seperti kalium,albumin danmagnesiumyang tinggi. Kaedah perubatan air kencing unta ini pernah dijadikan karya tulisan ilmiah oleh Ir.Muhammad Auhaj Muhammad. Beliau menghuraikan kaedah perubatan ini telah lama ditemui sejak berabad-abad yang lalu. Dalam karya beliau, dapat disimpulkan di sini bahawa air kencing unta memiliki kepekatan yang tinggi berbanding air kencing lain dan sangat berkesan dalam membasmi virus dan bakteria.
Selain kanser, ia dapat merawat rambut gugur dengan cara memperkuatkan rambut. mereka yang mengalami masalah ini boleh mengunakan air kencing unta khususnya air kencing unta yang masih muda.

Tuesday, 8 March 2016

Keajaiban Air Zam Zam Mengikut Sains


**cr : google

Kajian saintifik dari sarjana Barat mendapati bahawa air zam zam beralkali dan mengandungi banyak mineral . Sudah tentu ada hikmahnya . Air yang bersifat alkali sangat sesuai untuk tubuh kerana ia dapat menutralkan asid dalam badan dan baik untuk kesihatan .
Seorang jurutera dari Arab Saudi , Tariq Hussain telah menulis satu artikel yang berjudul Air Zam Zam , Satu Keajaiban Dalam Islam ( www.islamonline .net / 1 Jan 2002 ) . Beliau telah menceritakan Raja Faisal , Arab Saudi , telah mengarahkan Kementerian Pertanian dan Sumber Air Arab saudi membawa contoh air zam zam ke makmal di Eropah untuk dibuat kajian . Beliau salah seorang darinya .
Kajian tersebut menunjukkan bahawa air zam zam mengandungi flourida yang boleh membunuh kuman . Malah air zam zam tidak perlu dicampurkan klorin atau di masak terlebih dahulu sebelum diminum . ini bermakna air zam zam sesuai untuk diminum dan baik untuk kesihatan .
Malah di Malaysia juga kajian telah dilakukan oleh Prof. Dr. Zamila Hussin , Pengarah Urusan Naqia Corporation Sdn. Bhd. Beliau telah membuat penyelidikan khusus mengenai air di sebuah institut di negara Jepun di bawah penyelidikan Prof. Dr. Masaru Emoto , seorang saintis Jepun yang terkemuka di dunia .
Prof. Dr. Zamila Hussin telah memulakan usaha mengkomersilkan kaedah rawatan pinggan putih sebagai rawatan holistik Islam yang pertama di dunia yang dinamakan Air Musoffa . Beliau telah berjaya menghasilkan satu kajian tesis lengkap yang menghurai tentang kehebatan kaedah perubatan Islam yang sebenar . Kajian itu telah mengkagumkan Prof . Dr. Masaru Emoto yang mengakui bahawa terdapat satu keunikan imej dalam molekul air bacaan Al - Quran dan juga pada air zam zam .
Di samping itu , Prof. Dr. Masaru Emoto telah menjalankan ujian menggunakan kaedah ' magnetic resonance technology ' untuk melihat wajah molekul air zam zam . Sampel air zam zam telah dibekukan selama sehari dan disimpan pada paras 10 darjah celcius . Ketulan ais itu telah dilihat di bawah mikroskop khas . Amat menakjubkan apabila imej berbentuk heksagon ( segienam ) kelihatan . Dr. Zamila mensifatkan bentuk heksagon itu sebagai Rukun Iman . Kemudian ia bertukar bentuk perlahan - lahan membentuk wajah kristal atau berlian yang bercahaya dan indah sekali .
Molekul air zam zam bagaikan kristal .
Malah hasil kajian juga mendapati air zam zam mempunyai keindahan dan keunikan dari segi rasa , struktur molekul dan khasiat yang tidak terdapat pada air - air lain yang pernah dikajinya . Kekuatan air zam zam terdiri daripada empat unsur bahan yang berkhasiat iaitu kalium ( k ) , kalsium ( Ca ) , magnesium ( Mg ) dan natrium ( Na ) .
Kalium dan magnesium merupakan bahan galian yang amat penting dan diperlukan oleh tubuh manusia untuk mengembalikan kesegaran dan memulihkan tenaga yang terjejas akibat keletihan dan gangguan penyakit . Oleh kerana kandungan kedua - kedua galian ini dalam air zam zam jauh lebih tinggi daripada air - air biasa lain , maka boleh dirumuskan bahawa , air zam zam merupakan satu rahmat Allah SWT dan mempunyai berbagai - bagai manfaat untuk manusia . Kajian - kajian saintifik ini juga berjaya mengukuhkan sabda Rasulullah SAW tentang kelebihan air zam zam 

Keajaiban Air Zamzam

**cr : youtube

Monday, 7 March 2016

Hadis Air Zamzam


Aku pernah memberikan minum air zam-zam pada Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam dan beliau meminumnya sambil berdiri.

ماء زمزم لما شرب له
Air zam-zam tergantung orang yang meminumnya.”

Cara minum air zamzam ialah :
  • Berniat baik.
  • Berdoa dengan Allah setelah minum air zamzam
Wallahu a’lam.


Air Zamzam





SEJARAH 
Umat Islam percaya telaga zam-zam ditemui oleh Siti Hajar isteri kedua Nabi Ibrahim a.s dan ibu kepada anak Nabi Ibrahim iaitu Nabi Ismail.Siti Hajar dan anak kecilnya Nabi Ismail kehausan di kawasan gurun kering kontang . Lantaran itu Siti Hajar berlari anak 7 kali antara bukit Safa dan Marwa untuk mendapatkan air untuk anak kecilnya itu. Allah menghantar malaikat Jibrail untuk mengeluarkan air suci dari tengah-tengah padang pasir itu. Lokasinya ialah tempat Nabi Ismail menghentak-hentak kaki dan menangis. Siti Hajar mengepong kawasan mata air itu dengan batu-batu dan memanggil zamzam yang bermaksud 'kepung air'. Ketika itu Mekah belum ada penduduk.
Datuk Nabi Muhamad s.a.w bernama Abdul Muttalib telah menjaga, mengurus dan menjaga keselamatan satu-satunya sumber air di kota Mekah zaman pra Islam.
Perkataan "zamzam" dipercayai berasal daripada ungkapan "zomk-zomk" bermakna "berhenti mengalir" - yang diluahkan oleh Siti Hajar dalam percubaannya menakung air yang berhamburan keluar.
Menurut hadis, Abu Tharr Al-Ghifari, sahabat Nabi Muhammad S.A.W, berkata semasa beliau mula-mula tiba di Mekah pada zaman permulaan Islam, beliau hidup dengan meminum air zamzam selama sebulan.

MAKLUMAT FIZIKAL AIR ZAM ZAM
Telaga zamzam dalamnya 30 meter sahaja dan kedalaman air hanya 3.32 meter. Dapat bayangkan. Ada beberapa punca mata air di bawah 13 meter.
Ujian mengeluarkan air pada kelajuan 8000 liter/second selama tempoh 24 jam menunjukkan paras air surut dari para 3.23 meter kepada 12.72 meter dan kemudian 13.39 meter selepas itu. Paras air kembali normal ke paras 3.9 meter selepas 11 minit
AIR ZAMZAM KINI.
Semasa ibadah umrah dan haji, para jemaah telah meniru larian Siti Hajar dari Safa ke Marwa sebanyak 7 kali yang dikenali sebagai ibadah Sae'i. Air zamzam dapat mengubat penyakit mental. Jenazah yang meninggal dunia dimandikan dengan air zamzam. Jabatan Geologi Arab Saudi telah membuat kajian tentang cara pengurusan air zamzam dan menambah jumlah air bagi menampung keperluan jemaah semasa menunaikan haji, membawa balik untuk saudara-mara dan pelbagai tujuan lain. Kajian menunjukkan air zamzam mengandungi pelbagai mineral seperti kalsiummagnesium dan fluorida.

AIR ZAMZAM DIJUAL
Kerajaan Arab Saudi yang menjaga bumi Hijaz and Mekah melarang air zamzam daripada dieksport. Air zamzam hanya boleh dibotolkan dan boleh didapati di kebanyakan negara kini. Air zamzam yang dibotolkan ini tidak lagi 100 % tulen, telah dicampurkan dengan air sumber lain atau mungkin telah tercemar.Ada yang mengambil kesempatan dengan menjual pada harga yang tidak munsabah.

PENGURUSAN AIR ZAMZAM
Air zamzam asli tidak boleh dieksport secara sah dari Arab Saudi untuk dijual secara komersial. Oleh itu jemaah mengisi botol dan bekas air mereka untuk dibawa pulang serta diagihkan kepada sanak saudara. Setiap jemaah dihadkan membawa lima gelen (kira-kira 20 liter).
Tempat mengambil air zamzam berhampiran Masjidil Haram mempunyai dua bahagian. Bahagian pertama dilengkapi 14 pili yang boleh digunakan secara percuma oleh orang ramai manakala yang kedua pula dipasang pili tiga kali ganda daripada jumlah itu dan dikendalikan oleh syarikat swasta berlesen yang mengenakan sedikit bayaran untuk mengisi botol dan tong air jemaah.
Biasanya syarikat ini mengenakan bayaran hanya SR10 untuk botol 10 liter untuk keselesaan jemaah dari berebut-rebut. Kaedah ini lebih baik dan jarang yang berani menipu.
Namun akhbar Arab News melaporkan ahli "zamzam mafia" yang terdiri dari orang Myanmar, Bangladesh dan Afrika beratur di pili awam sejak awal pagi. Mereka lengkap dengan tong dan ambil masa lama. Sedangkan jemaah lain menyediakan tong kecil sahaja. Mereka tidak rasa bersalah melakukannya dan merupakan rezeki halal bulan Ramadan.
Ada yang merungut kerana air zamzam yang dibeli tidak tulen atau telah dicampur dengan air lain.
Walaubagaimanapun sudah terdapat syarikat yang membantu membekalkan Air Zam Zam yang di bawa terus dari Mekah kepada pengguna yang berhajat.
 

Template by BloggerCandy.com