Pages

Wednesday, 9 March 2016

Pengenalan

Assalamualaikum,
Di sini kami ingin memperkenalkan ahli kumpulan kami. Ahli kumpulan kami terdiri daripada 3 orang iaitu :-
  • Nur Hazimah Binti Abdul Halim
  • Siti Nur Anis Najwa Binti Dahlan 
  • Nur Ili Nabilah Binti Nordin


Dengan izin-Nya kami telah menyiapkan blog ini untuk final projek bagi sains teknologi dan kejuteraan dalam Islam. Di sini kami ingin menyatakan bahawa semua maklumat yang kami dapat untuk blog ini adalah dari sumber-sumber pelbagai jenis 'website' yang tak dapat kami nyatakan. Segala maklumat yang ada dalam blog ini hanya dikumpulkan oleh kami untuk memudahkan untuk sesiapa yang ingin membuat rujukan di masa hadapan. Sekian dari kami. 

Orbit

**cr : youtube

Orbit-orbit Bumi & Objek di Langit


Seorang pakar astronomi daripada Poland, Nicolaus Copernicus mengutarakan teori  yang dikenali sebagai teori helio sentrik. Melalui buku beliau yang diterbitkan pada tahun 1543 Masihi bertajuk De revolutionibus orbium coelestium (On the revilutions of the Heavenly Spheres), beliau mengatakan matahari berada dalam keadaan pegun di tengah-tengah angkasa manakala objek-objek lain di kosmos berpusing mengelilinginya. Hal ini dilaporkan dalam Stanford Encyclopedia of Philosophy di http://plato.stanford.edu/entries/copernicus.

Sebaliknya Quran menyatakan bumi dan matahari berputar dan tidak pegun. Sebagai contoh, dalam surah Al-Anbiyak ayat 33 Allah berkata, 

 وَهُوَ الَّذِي خَلَقَ اللَّيْلَ وَالنَّهَارَ وَالشَّمْسَ وَالْقَمَرَ كُلٌّ فِي فَلَكٍ يَسْبَحُونَ

Maksudnya: "Dan Dialah yang menciptakan malam dan siang,matahari dan bulan. Kesemuanya beredar (yasbahuun) dalam falaknya."

Perkataan yasbahuun bermaksud berenang. perkataan berenang pada asalnya berkaitan dengan perbuatan seseorang yang bergerak dalam air melalui pergerakan anggota badannya. Begitulah kiasannya dengan matahari dan bulan. kedua-duanya bergerak sendiri di angkasa. Pendek kata, matahari dan bulan tidak pegun. Tambahan daripada itu oleh sebab perkataan falakdigunakan, dan falak bermaksud bulat seperti sfera, ayat ini menunjukkan matahari dan bulan bergerak dalam bulatan. 

Justeru di dalam Tafsir al-Quran al-Azim,Imam Ibn Kathir menukilkan pandangan sahabat Abdullah bin Abbas yang mengatakan 'malam dan siang' matahari dan bulan beredar dalam bulatan sebagaimana beredarnya rahatketika menggulung benang'. Mengikut kamus Dewan, rahat ialah alat bulat seumpama roda yang digunakan bagi menggulung benang. Pentafsiran ini menunjukkan para sahabat di zaman nabi sudah berpegang dengan pendapat matahari dan bulan berputar dalam bulatan di atas paksinya sendiri.

Seperkara yang menarik dalam ayat ini adalah Allah mengatakan,malam dan siang, seperti matahari dan bulan juga berputar dalam falaknya. Semasa menjelaskan 'malam dan siang, matahari dan bulan beredar dalam falaknya', Allah menggunakan perkataan yasbahuun yang melambangkan banyak (lebih dari dua,dalam tatabahasa bahasa arab).

Said hawa di dalam al-Asas fi al-tafsir menjelaskan perkataan yasbahuun adalah perkataan perbuatan (verb) yang digunakan bagi objek yang berjumlah lebih daripada dua. Dalam ayat ini, jumlah objek yang Allah nyatakan hanya dua, iaitu matahari dan bulan. Di manakah objek yang ketiga?  malam dan siang bukannya objek sebaliknya adalah fenomena yang berlaku di atas bumi. Oleh sebab putaran malam dan siang berlaku di atas bumi, maka objek yang ketiga yang dimaksudkan dalam ayat ini adalah bumi. Tambahan daripada itu, disebabkan Allah mengatakan malam dan siang berputar (yasbahuun), menunjukkan bumi berputar dan hasil daripada putaran bumi di atas paksinya, maka lahirlah fenomena siang dan malam.

Kesemua ini menampakkan Quran adalah sebuah kitab yang begitu saintifik kerana kenyataan-kenyataan ini adalah selari dengan penemuan semasa.

Orbit Mengelilingi Galaksi

Secara umumnya, apabila kita berbicara mengenai orbit (putaran) bumi dan objek-objek di langit, ayat-ayat Quran nampak seolah-olahnya memfokuskan mengenai satu aspek saja, iaitu mengenai putaran objek-objek ini di atas paksinya (seperti yang dibicarakan sebelum dalam tajuk 'Orbit-orbit bumi dan objek di langit, sebelum ini). Adakah ini menunjukkan tidak wujud putaran dalam bentuk lain bagi objek-objek ini?

Rupa-rupanya di dalam al-Quran terdapat ayat yang mengisyaratkan mengenai putaran yang berbeza. Ini telah tertulis di dalam surah Yasin ayat 38,Allah menyatakan, 


وَالشَّمْسُ تَجْرِي لِمُسْتَقَرٍّ لَّهَا ذَلِكَ تَقْدِيرُ الْعَزِيزِ الْعَلِيمِ 


Maksudnya: "Dan matahari beredar (tajri) ke tempat tujuannya (mustaqar). Demikianlah yang ditentukan oleh yang maha perkasa lagi maha mengetahui."

Perkataan yang penting dalam ayat ini ialah tajri dan mustaqar. Tajribermaksud berlari dan mustaqar bermaksud tempat tujuan, perhentian atau tempat menetap. Di dalam al-Asas fi al-Tafsir, as-Syeikh Said Hawa mentafsirkan ayat ini dengan berkata, "(Antara tanda kekuasaan Allah adalah) matahari bergerak menuju ke tempat menetap baginya." Sekiranya ayat sebelum ini menyatakan matahari 'berenang atau bergerak dalam bulatannya', ayat ini pula menyatakan matahari 'berlari menuju ke tempat perhentiannya'. Justeru ayat pertama membicarakan mengenai putaran di atas paksi manakala ayat kedua membicarakan mengenai putaran (orbit) yang berbeza.

Penemuan semasa mengesahkan matahari, di samping bergerak di atas paksinya yang mengambil masa 25 hari bagi melengkapkan satu putaran, ia juga bergerak mengelilingi galaksinya yang bernama Bimasakti (Milky Way). Para saintis mengesahkan matahari bergerak mengelilingi bahagian tengah (nukleus) galaksi ini dengan kelajuan 220 km/saat (140 mi/s). Ini bermakna ia mengambil masa lebih kurang 225 juta bagi melengkapkan satu pusingan mengelilingi bahagian nukleus galaksi ini. 

Justeru, dalam surah yasin,ayat 38 ini mensyariatkan objek-objek di langit (termasuk bumi) di samping berputar di atas paksinya, juga beredar mengelilingi pusat (nukleus) galaksinya mengikut ketetapan Allah seperti yang berlaku kepada matahri. Ini sudah memadai bagi merangsang umat Islam supaya terus mengkaji rahsia kejadian alam termasuk yang berkaitan dengan putaran dan peredaran objek-objek di langit.

Kejadian Alam dalam Sains

Barat mengisytiharkan bahawa Copernicus sebagai saintis pertama yang mengemukakan teori heliosentrik yakni teori matahari sebagai pusat edaran planet dalam sistem suria dalam kurun ke-16. Sejarah Barat melanjutkan bahawa Galileo yang menyokong teori Copernicus merupakan ahli astronomi agung dengan penemuan teori tersebut. Namun hakikatnya, al-Biruni, Ibn Syatir dan al-Zarqali telah menyatakan hakikat ini apabila mereka melakukan cerapan yang bercanggah dengan teori geosentrik warisan Ptolemy. Ibn Syatir misalnya sekitar tahun 1360 Masihi, menyatakan bahawa teori yang menyatakan bumi sebagai pusat alam tidak benar sama sekali. Menurut Ibn Syatir, ketika jirimlangit bergerak dari timur ke barat menurut pencerap, matahari pula berubah-ubah ufuk terbit dan terbenamnya sepanjang tahun. Planet pula ada yang muncul dan tenggelam maka ini menunjukkan bumi dan planet beredar mengelilingi matahari, dan bulan pula mengelilingi matahari. Pandangan Copernicus sangat selari dengan pandangan Ibn Syatir. Penulis Barat menafikan hubungan Copernicus dengan Ibn Syatir, walaupun dalam perpustakaan bandar kelahiran Copernicus terdapat manuskrip astronomi dalam bahasa Arab yang tersimpan di situ. Banyak pandangan Coperninus yang menyerupai pandangan Ibn Syatir menerusi manuskrip tersebut
Pada tahun 1607, Kepler mengulangi pandangan Abu al-Wafa al-Buzajani tokoh astronomi Muslim bahawa pergerakan planet, termasuk bumi,mengelilingi matahari dalam surihan berbentuk elips. Newton mendapati daya graviti memegang planet untuk kekal dalam orbitnya. Matahari yang menjadi pusat pergerakan planet dianggarkan mempunyai garis pusat sepanjang 1,392,000 km, kira-kira 109 kali lebih panjang daripada garis pusat bumi. Haba di pusat matahari mencapai suhu 15 juta Kalvin dan pembakaran melalui fusi nuklear menggunakan 600 juta ton metrik hidrogen sesaat.
Falak tamadun Islam bukan sahaja membina astronomi Eropah bahkan Alam Melayu turut menerima pengaruh falak tamadun induknya, khususnya apabila Islam bertapak mantap di rantau ini. Manuskrip mengenai ilmu falak boleh ditemui di merata tempat negara kita. Perpustakaan Negara Malaysia, Pusat Islam, perpustakaan universiti tempatan, sekolah agama, koleksi pertubuhan dan koleksi perseorangan adalah tempat-tempat yang boleh ditemui manuskrip berkenaan yang ditulis dalam bahasa Melayu atau Arab.
Perpustakaan Akademi Islam Universiti Malaya, cawangan Kelantan misalnya, mempunyai satu koleksi warisan ilmu berkenaan yang masih belum diketahui umum. Di antara manuskrip yang dimaksudkan termasuklah sebuah kitab mengenai astrolab karya Mahmud Zuhdi bin Abdul Rahman yang ditulis pada tahun 1343H, sebuah kitab mengenai jadual falak karya Muhammad Marzuqi bin Syed Husain yang ditulis pada tahun 1334H dan jadual-jadualnya ditulis dalam sistem munajjimin atau sistem jummal, Kitabal-Wasilah al-Mar’iyyah li ma’rifat al-auqat al-Syar’iyyah yang mengandungi 24 bab mengenai pengiraan waktu yang berhubung dengan syari’ah karya Khalifah bin Hamad yang ditulis pada tahun 1326H, sebuah kitab falak mengenai jirim-jirim langit (al-ajram al-samawiyyah) yang ditulis pada tahun 1334H, (tidak dinyatakan pengarangnya,) yang merupakan salinan daripada sebuah kitab lain yang juga tidak dinyatakan namanya. Kitab Syarh al-Dawa’ir karya Syeikh Sulaiman al-Zuhdi yang disalin balik oleh penulis Nusantara yang tidak disebut namanya dan sebuah kitab falak bertajuk Kitab al-Khusuf dan Kitab al-Kusuf karya Muhammad Mansur bin Abdul Hamid al-Batawi (tidak dinyatakan tahun penulisannya) mengenai gerhana bulan dan matahari.
Selain daripada manuskrip, buku-buku bercetak yang dihasilkan oleh ahli falak Nusantara juga banyaj ditemui. Antara karya penting yang dimaksudkan Riad al-wardiyyahNukhbah al-Bahiyyah dan Khulasah al-Jawahir al-Naqiyyah karya Syeikh Ahmad al-Khatib Pati Kiraan karya Syeikh Tahir Jalaluddin, Khulasah al-Wafiah fi al-Falak bi jadwal al-Lugharatimiyyahkarya Zubair ’Umar al-Jailani, Minhaj al-Qawim pada mengetahui Hisab dan Taqwim karya Syeikh Abdul Rahman al-Fatani, Hisab Falak karya A. Katsir,Kitab Falak karya Syeikh Ahmad al-Fatani, Almanak Jamiliyyah Syeikh Jamil Jambek, al-Majesti Ajeungan H. Nawawi, dan lain-lain.
Para ilmuwan Melayu juga sangat berminat untuk mengkaji ilmu kosmologi, yang bersifat lebih umum daripada ilmu falak. Kosmologi membincangkan tentang kejadian alam semesta yang dihubungkan dengan falsafah, kepercayaan, budaya dan sistem nilai sesuatu masyarakat. Dalam bidang ini, ulama Nusantara tidak ketinggalan membincangkan kejadian langit dan bumi serta membincangkan teori kosmologi Islam. Syeikh Nur al-Din al-Raniri, misalnya pernah menulis tentang kejadian alam menerusi karyanya yang bertajuk Kitab bad’ Khalq al-Samawat wa’l-Ard (dicetak di pinggir kitab Taj al-Muluk) dan Jawahir al-`Ulum fi Kasyf al-Ma’lum (masih berbentuk manuskrip). Syeikh Muhammad bin Ismail (Nik Mat Kecik) al-Fatani membincangkan mengenai kosmologi Islam termasuk kejadian cakerawala menerusi karyanya yang bertajuk al-Durr al-Masnun wa’l-Jauhar al-Maknun(dicetak pada tahun 1309H di al-’Amirah al-Islamiyyah). Syeikh Ahmad bin ’Abdul Latif menulis mengenai alam langit dalam Ma’rij al-Aflak (berbahasa Arab). Persoalan langit dan cakerawala disentuh juga oleh al-Khatib dalam bukunya yang bertajuk Dau al-Siraj yang membincangkan tentang peristiwa Mi’raj Nabi s.a.w.
Lintasan sejarah ini memberikan gambaran bahawa umat Islam terdahulu termasuk ilmuwan Islam Alam Melayu pernah menempa sejarah dalam bidang falak serta ilmu yang berkaitan denganya. Akan tetapi rentetan sejarah ini hanya tinggal sebagai kenangan indah dalam lipatan sejarah umat Islam.

Kejadian Alam

**cr : youtube

Sebelum Adam, Allah telah Menciptakan Manusia dan Alam Semesta lainnya



"Dan Dialah yang memulai penciptaan itu, kemudian Dia mengembalikannya/mengulangi kembali ciptaan itu, dan mengulangi itu lebih mudah bagi-Nya. Dia memiliki sifat Yang Mahatinggi di langit dan bumi, dan Dialah Yang Mahaperkasa, Mahabijaksana". (Q.S. Ar-Ruum [30] : 27)

"Katakanlah, "Adakah di antara sekutumu yang dapat memulai penciptaan, kemudian mengulanginya kembali?". Katakanlah, "Allah memulai penciptaan, kemudian Dia mengulanginya (mengembalikannya). Maka bagaimana kamu dipalingkan (menyembah selain Allah) ?". (Q.S. Yunus [10] : 34)

"(Ingatlah) pada hari langit Kami gulung seperti menggulung lembaran-lembaran kertas. Sebagaimana Kami telah memulai penciptaan pertama, begitulah Kami akan mengulanginya lagi. Janji yang pasti kami tepati; sungguh, Kami akan melaksanakannya.". (Q.S. Al-Anbiya' [21] : 104)

"Sungguh, Dia mulai menciptakan, dan Dia mengulangi (kembali)".
(Q.S. Al Buruuj [85] : 13)

Selama ini, kita sering menganggap bahwa alam semesta ini hanya satu kali diciptakan Allah, berkembang, dan hancur di hari kiamat, dan SELESAI. Lalu disambung kehidupan rohani abadi di akhirat.


Kalau kita renungkan, terdapat isyarat (petunjuk) dalam ayat2 di atas bahwa Allah mengulangi penciptaan APA PUN, tentunya termasuk penciptaan alam semesta juga. Pernyataan itu diulang dalam beberapa ayat di Al-Qur'an, selain di atas, juga di Surat An-Naml (27) ayat 64, Surat Al Ankabuut (29) ayat 19, Surat Ar-Ruum (30) ayat 11.

Dalam ayat2 itu, Allah menegaskan bahwa Beliau (Allah) mencipta lalu mengulang mencipta.

Kenapa kita membatasi kekuasaan Allah bahwa Beliau hanya boleh mencipta alam sekali saja? Allah mampu mengulanginya sampai jumlah tak terbatas. Mudah sekali bagi-Nya. Beliau mampu membuat alam kembar, alam paralel. Beliau Mahakuasa membuat duplikat sampai bermiliar Bumi beserta isinya yang sama persis atau pun yang berbeda.

Dalam ilmu pengetahuan, kita mengenal teori penciptaan alam semesta yang disebut "Big Bang", yang menyatakan bahwa awal segalanya adalah ledakan besar, lalu mengembang terus-menerus.

Juga ada teori "Big Crunch", bahwa setelah mengembang luas miliaran tahun, daya kembangnya habis. Lalu mengkerut lagi menjadi satu titik singularitas dan musnah.
 

Template by BloggerCandy.com